Friday, January 9, 2009

Titian Perjalanan

Dengan lafaz Bismillah aku memulakan blog ini.. semoga ianya akan memberi manfaat kepada aku dan kepada semua pengunjungnya. Aku merasakan hidup ini hendaklah kita jalani dengan sebaik-baiknya...dalam meniti hari-hari yang berlalu samada sedar atau tidak sedar kita kadang-kadang melakukan banyak kesilapan. Apabila kita tersedar yang kita telah melakukan kesilapan barulah kita tahu bahawa betapa kerdilnya kita dan betapa maha sempurnanya Allah s.a.w yang telah memberi kita ruang-ruang untuk memperbaiki diri.
Kehidupan ini umpama berjalan di atas titian dimana banyak dugaan yang terpaksa kita tempuhi...sekiranya kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada, maka kita akan berjaya...dan sekiranya tidak, maka kita akan terjatuh dan terluka... di kala itu kita akan merasakan betapa tidak adilnya dunia pada kita yang akan menyebabkan kita menangis dan bersedih seolah-olah tidak ada lagi peluang untuk kita memperbaiki kesilapan diri, kita merasakan seolah-olah dunia ini begitu kejam dengan kita..
Sedarkah kita bahawa diluar sana masih banyak lagi kesedihan, tangisan malah ada yang terpaksa melaluinya dengan penuh kesengsaraan dan jika hendak di bandingkan dengan kita adalah amat terlalu jauh bezanya. Namun mereka dapat mengharunginya dengan penuh ketabahan, mereka menganggap kegagalan itu hanyalah asam garam kehidupan, yang tanpanya maka kehidupan ini menjadi hambar seperti tidak berperisa...
Apa pun cubaan yang dan halangan yang mendatang itu, hendaklah kita tempuhinya dengan sabar dan sentiasa berusaha untuk melepasi cabaran itu dan apa yang lebih penting hendaklah kita sekalikan usaha kita itu dengan doa kepada Yang Maha Esa semoga Dia sentiasa merahmati dan memberi kita ketenangan dalam apa jua dugaan yang kita hadapi. InsyaAllah kita akan menemui jalan-jalan ketenangan itu..