Thursday, May 7, 2009

Ayuuhh Pewaris..!!! buktikan bahawa kamu benar.

Ayuhh...Pewaris, tunjukkan kejantananmu, serlahkan kewibawaanmu, sampaikan kepada mereka hujah-hujah mu yang bernas itu dan jangan sesekali memalukan ahli-ahlimu yang sentiasa berada di belakangmu yang inginkan pemimpinnya mempunyai keberanian dan kewibawaan dalam mempertahankan hujahnya yang mengatakan bahawa " ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam".
Sebagai seorang pejuang kamu mesti berani bertanggungjawab di atas apa yang kamu katakan, pergunakanlah segenap keupayaanmu dan carilah fakta-fakta, hadis-hadis nabi s.a.w serta ayat-ayat Al Quran yang mempunyai 6666 ayat itu untuk menyokong hujahmu itu, kupaslah ia dan pastikan supaya mereka-mereka itu ternganga serta terlopong mulutnya apabila mendengar akan kepetahan hujahmu itu, agar mereka tahu akan kebenaran pendapatmu dan tidak lagi cuba untuk mencabarmu di lain kali, tapi kamu mesti ingat jangan sesekali kamu tersalah langkah mengambil pendapat atau hujah yang dangkal untuk mempertahankan pendapatmu itu kerana ianya akan membuatkan kamu terperangkap.
Aku paling tidak suka apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat kemudian lari dari tanggungjawab untuk mempertahankan pendapatnya. Kamu seharusnya sedar kegagalan kamu menyahut cabaran mereka (GMI) berdebat akan membuatkan mereka mentertawakanmu dan kamu akan kehilangan maruah serta harga diri... bukan sahaja maruah bangsa yang kamu agung-agungkan itu akan tercalar, malah yang lebih teruk adalah maruah Islam itu sendiri....
Akhirkata...sekiranya kamu mengambil keputusan untuk lari dari tanggungjawab ini...maka jangan lagi sesekali kamu mengeluarkan pendapat di masa hadapan, simpanlah segala keberanianmu itu di bakul sampah...... Sebenarnya aku tahu bahawa kamu tidak akan mampu untuk berhujah dengan mereka, kerana pendapat kamu itu sememangnya "Tidak Benar"....

No comments:

Post a Comment